February 15, 2012

isyarat jari semasa duduk tasyahud


Rasullulah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Nabi SAW apabila duduk semasa solat,baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari (jari telunjuk) dan kemudian berdoa ketika itu." (riwayat muslim,no.113)

Drpd Ali bin Al-Ma'awi,bahawa beliau bersolat di sebelah ibn Umar r.a dan padanya Abu Bakar al-siddiq,,berkata"Aku nampak Abu Bakar menggengam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk."(Riwayat humaidi)

kefahaman drpd dua hadis di atas ialah,riwayat pertama dan kedua drpd hadis sahih diatas menjelaskan dgn terang,sunnah nabi Muhammad SAW untuk menaikkan jari telunjuk.Walaubagaimanapun,tiada yg menyebutkan tentang nabi SAW menggerakkan atau menggoyangkannya.

berkata para ulama,dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya ia terus bersambung kehati,maka dengan menggerakkannya dapat mendatangkan kekusyukan.


hikmah menaikkan jari ketika tasyahud.
jawapannya diperoleh drpd ibn 'abbas r.a ketika beliau ditanya soalan yg sama beliau menjawab,"ia adalah tanda ikhlas".(riwayat albaihaqi)

imam al-Nawawi pula berkata selepas itu,"memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat,dan berniat ketika itu,'tauhid' dan 'ikhlas'.

sumber:solusi
sollu 'allannabi :)

No comments: