January 03, 2014

ketetapan

Semakin meningkat umur,semakin bertambah dugaan dan cabaran...
semakin aku dewasa,semakin banyak yang aku pelajari,
mungkin aku tersungkur terjatuh
mungkin aku terdiam mengenang nasib diri
mungkin aku terfikir itu ini
seorang diri

betapa aku lemah
tapi tak lupa yang SATU
bahawa Allah yang sentiasa menemani aku
semasa semua orang menjauhkan diri
betapa aku merasa DIRINYA
yang dekat denganku
yang hadir menemani aku
yang menguatkan aku
yang  mengatakan kepada aku
yang sentiasa berjanji padaku
takdirNya itu yang terbaik buat diriku
jalanNya itu akan beri hikmah padaku


sungguh aku lemah
sungguh aku tak kuat
tapi Allah yang menguatkan aku
meniti hari hari ku
hingga aku masih lagi cukup segalanya pada diriku
maka nikmat mana yang aku perlu dustakan untuk hariku
walau aku kehilangan semangatku
walau aku hilang kasih untukku
tapi aku perlu tahu kasihNya sentiasa aku
yang sentiasa menemani aku
tak pernah meninggalkan aku
tak pernah tak memaafkan aku
betapa besar nikmat kasihMu
sungguh aku sering melupakanMu
tapi aku tahu aku perlu kembali padaMu
disaat suka duka ku


aku tahu aku perlu kuat
kerana aku ada yang menguatkan
aku yakin perancangan Mu yang terbaik untukku satu hari nanti
Ya Rabb kuatkan aku meniti hari hari ini tanpa kasih manusia yang meninggalkan aku
aku tunggu
hari bahagia itu meski tidak disini
mungkin di sana nanti
jadikan aku seseorang yang  istiqamah diJalanMu
agar aku masuk dalam syurgaMu untuk mendapatkan kasih sayangMu

Tuhan,
ampunkan aku,
beri hidayah padaku,
kuatkan aku,
sungguh yang terbaik itu adalah dariMU,
hamba redha dengan segala ketentuanMu
hambaMu yakin tersingkap hikmahNya,
Terima kasih atas segala nikmatMu.
Alhamdulillah.Subhanaallah.Allahuakhbar.

:'(

8.08 am
4/1/2014
Sri Cemerlang,Kota Bharu,Kelantan.




No comments: