January 07, 2012

abah. .

hati dirasakan sepi.sepi dengan suara abah.hari semakin ku hitung.perasaan yg tidak enak sering bermain die kepala ini sejak dr hati ingin meronta balik.bila kedengaran suara abah.hati ini kaku.tidak dapat berkata.kasih sayangnya dapat aku rasakan dilubuk hati ini walaupun kau hanya diam x terkata.walaupun hanya kau bercakap beberapa minit dengan ku.getaran itu dapat ku rasakan.pujukanmu membuatkan aku menyerah.pujukanmu membuat hatiku tenang.suara mu kedengaran hiba bila kau mengatakan kau masih tidak lagi sembuh sepenuhnya.tidak tertahan air mata ini untuk mengalir.membasahi pipi.kaulah bapa yg kusanjungi,kaulah bapa yg ku hormati..akulah puteri kepada mu..akulah yg bisa membuat mu ketawa ketika ku mencapai kejayaan.kaulah yg bercakap penuh kebanggaan dengan kejayaan anak mu ini.meskipun aku selalu melukakan hatimu.kaulah yg memberikan segalanya.kaulah yg menunaikan impian hidupku untuk mendapatkan apa yg kuinginkan.tidak sekali kau berkata tidak untukku..
meski aku tidak petah berbicara dgnmu ketahuilah aku sgt menyayangi dirimu.
saat ini.detik ini.waktu ini.ingin ku berada disampingmu wahai ayah.berada ketika kau didalam kesakitan.aku ingin memberimu semangat.semangat untuk terus sembuh.izinkan aku untuk memberikan kejayaan kepadanya.izinkan aku memberikan segulung ijazah kelas pertama kepadanya.izinkan aku membalas jasanya.aku cuba untuk fokus dalam peperiksaan tp aku lemah.aku sangat merindui dirimu.aku merindui suaramu.aku merindui gelak tawamu.aku rindu kau berikan senyuman kepadaku.saat disekolah ku kucup tanganmu.saat ku meninggalkan mu untuk berjuang.kau peluk diriku.saat ku merindui diriku..kau kata kau rindu padaku.hadiah tidak ternilai dari seorang ayah yg sangat menyayangi anakmu.kuatkan hatiku abah untuk meneruskan lagi perjuangan ini.sembuhlah abah agar semangat ku tidak luntur.aku ingin berikan kejayaan padamu.pahit getir susah hidupmu,aku dapat bayangkan..tetapi aku tidak pernah merasai kesusahan itu. :'(
Ya Saalam..Ya Muhyi..sembuhkanlah penyakit bapaku.kerana dia insan teristimewa dalam hidupku..betapa aku merindui dirimu dikala ini..terfikir-fikir.adakah tidur nyenyak pada ketika ini.atau tengah mengerang kesakitan.atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.ataupun kau pun sedang mengingati,merindui diriku???doaku untukmu abah..i love u abah..so much...:'(

No comments: