September 30, 2011

hadis 40 imam nawawi :) hadis ke-39

Hadis Ketigapuluh Sembilan :

Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka.”

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini juga menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT terhadap hambaNya. Dia hanya mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan.

(2) la juga menerangkan suatu dasar perundangan dan kehakiman di sisi lslam yang mengutamakan keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa dia tidak akan diberikan dosa..

No comments: